(Komuniti) Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Dewan Serbaguna Kampung Semop Mac 2019

19 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima jemputan daripada JKKK Kampung Semop dalam menjayakan Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Dewan Serbaguna Kampung Semop. Aktiviti ini bermula pada jam 3.00 petang dan tamat pada 6.00 petang. Aktiviti ini telah disertai lebih 20 orang warga komuniti kampung yang mempunyai masa kelapangan dan turut disertai oleh Ketua Kaum Kampung Semop iaitu Tuan Kamri bin Haron. Aktiviti ini diadakan untuk menembok dan membaik pulih kawasan sekitar Dewan Serbaguna yang tidak selamat.

Tahniah dan syabas kepada semua dating dan meluangkan masa anda untuk membantu JKKK Kampung Semop dalam membersihkan kawasan sekitar Dewan Serbaguna Kampung Semop. Terima kasih.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali